My Heart & Soul

My Heart & Soul

Monday, October 4, 2010

Cerita Lama.Selamat Bergembira

Setelah hampir 70 hari bercuti..kini sudah masuk minggu ke 3 kembali ke ofis..banyak benda yang harus dibelek..digodek..tapi yang paling utama..mindset yang perlu diubah..si kecil Adra terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh..semoga dijauhi dengan insiden-insiden menyayat hati yang menghiasi akhbar akhir-akhir ini.."Nor, pohon pantau semasa memberi susu kepada dia yer" tak perlu berbedak, berlosyen..cukuplah memerhatikan dia dengan lebih dekat..kepadaMu jua aku berserah...

Kami berpindah lagi..minggu akhir di perantauan sebelum pulang berhari raya..berpindah di bulan puasa agak mencabar..tambahan sedang berpantang dan ada seorang toddler yang sangat rajin membantu..wang ringgit juga bertaburan di sana sini..hehehe..maklumlah..dari rumah di tingkat 10..ke rumah di atas tanah..lot tepi bersliding 4..kos langsir sahaja mampu membuatku terasa ingin sambung puasa sebulan lagi selepas Syawal..belum lagi kos-kos yang lain..dan bajet raya untuk tahun ini terpaksa dipotong sana sini..Alhamdulillah..walaupun bukan rumah milik kami..tapi sangat selesa untuk didiami sementara...

Sambutan raya tahun ini serba sederhana..bertemakan kadang kala rasa warna itu turqoise, kadang nampak seperti hijau saja..tapi hati kami tetap 1 rona...InsyaAllah..Armand masih belum mengerti apa itu hari raya..apa yang dia tahu..raya adalah.."jom siap..pakai baju melayu..baju raya..pergi jalan-jalan..salam semua orang..main bekas kueh dan kalo ada rezeki..dapat duit raya yang tidak memberi makna kepada dia..sebab tanpa duit raya pun..dia tetap dapat beli apa yang dia mahukan" mungkin raya pada tahun 2013 nanti baru dia akan mempunyai persepsi sendiri mengenai raya..dan kami tiada potret keluarga di hari raya kerana Armand lebih prefer untuk menjadi jurugambar daripada menjadi model...sekian.
emak yang tidak mahukan duit raya daripada kami..mungkin apa yang lebih penting adalah kepulangan kami sekeluarga bersama langsir baru lebih dari mencukupi. Rasanya yang lebih tepat adalah rasa kesian :P

Selamat hari raya yang pertama kali untuk lil' Adra dan seluruh Umat Islam.Maaf Zahir & Batin.

Semalam..Selamat Pengantin Baru Amin & Sha..Selamat Bergembira Kawan!

Kata Jari : Bersalin..Berpindah..Beraya = Sengkek..tetapi the choice is yours kan???

2 comments:

sya_firwan said...

hahaha..bersalin...berpindah..beraya = sengkek..duit mak ayah berkurang, duit anak je bertambah..raya2 nih :)

MotherOfDoubleA said...

hihihi..tu la duit ank2 kene cecepat masuk bank..:)