My Heart & Soul

My Heart & Soul

Friday, October 1, 2010

Masih.Batuk

Armand mula batuk dari semalam..dan batuk Adra masih kedengaran..kesian mereka..semalam aku bersendirian menguruskan mereka..suami hanya pulang bila pagi menjengah atas urusan kerja..bila nafsu menguasai akal..lalu terjadila insiden yang tidak diingini..badan yang kepenatan ditambah dengan fikiran yang kusut..lalu Armand menjadi mangsa..bertambah kesian..tidak sepatutnya aku bertindak sedemikian..namun benda yang lepas tidak dapat diundur kembali..hanya pengajaran yang diperolehi..usah bertindak mengikut hawa nafsu..si kecil belum pun berusia 3 tahun..maafkan mama..
Mama" Armand kan dah besar..kena dengar cakap mama..tak boleh lawan mama..tak boleh pukul-pukul mama..faham?"

Armand" ha..Armand dah besar..dah pergi school..dengar cakap mama..dengar dengan ear kan..bukan eyes??tak boleh lawan mama kan..lawan raksasa jek..pedang ninja ayah belikan kan??bukan mama??tak boleh pukul mama..tembak orang jahat je kan..?"

lalu die tertido setelah menangis teresak-esak sampai muntah sambil memanggil sayu ayahnya...Jam 3 pagi..badannya panas membahang..dia demam..selepas makan ubat dan dijeram dengan tuala basah..dia kembali lena diulit mimpi..kurenung wajah mulusnya dengan seribu penyesalan..

dan batuk Adra masih kedengaran menyebabkan tidurku tidak didatangi mimpi indah..

sekali lagi..maafkan mama..semoga kalian cepat sembuh!



Kata Jari : bertenang dan bersabarlah selalu...

3 comments:

sya_firwan said...

huhuhu..melayani anak memerlukan kesabaran yang tinggi..

MotherOfDoubleA said...

sya..tu yg slalu failed tuh..kesabaranku senipis kulit popiah :(

MotherOfDoubleA said...
This comment has been removed by the author.