Menyediakan makanan untuk family kecilku seakan-akan satu terapi (tolak tepi bab shopping&spa)..walaupun ianya menu simple dan tiada resepi khusus..hanya sekadar campak-campak bahan yang ada di ruang kabinet dapur..but..believe me..ia memberi impak yang besar dan implikasi yg mengasyikkan..(tolak tepi bab kemas mengemas)..menu sarapan seperti di bawah sangat ringkas..hanya alaskan sekeping keju, taburkan bebawang dan hirisan dadu tomato..bakar sekejap..and its DONE..bancuhkan nescafe 3 in 1 more foam untuk si suami..dan 1 mug CCPP untuk diri sendiri..oh si Abang juga mahukan nescafe tidak susu coklat seperti kebiasaannya..menu lain yang hampir same..boleh cuba roti bakar kosong..hidangkan bersama bake bean with cheese dan kentang yang digoreng panas-panas..dan scramble egg..anda akan pasti akan tersenyum..
Armand sangat gemarkannya
Adra yang hanya mampu tersenyum ..(this photos taken by her big bro)
Adra yang hanya mampu tersenyum ..(this photos taken by her big bro)
semalam sempena 20102010..kami berdua cuti untuk merehatkan diri..dan ianya satu kebetulan sebenarnya..being me yang kurang memberi perhatian pada tarikh-tarikh unik seperti itu, seakan akan tidak memberi apa-apa makna :P
kami ke plaza low yat untuk misi pencarian adapter untuk LG LCD monitor..dan setelah bertahun lamanya tidak menggunakan LRT..kami excited :)..seronok memerhati pemandangan kota..melihat telatah ragam manusia..dan melalui pengalaman yang bukan rutin kami seharian..ianya sungguh bermakna..Armand, we will take you to feel the experience one day!
selepas itu mission for her pula bermula..kami ke The Mines tanpa tujuan spesifik..dan tidak semena-mena telah merobekkan poket bulan ini..tidak lupa..aku diserang sakit kepala yang dahsyat..sehingga terpaksa berehat di Mc Donalds untuk seketika..2 kapsul actifast berjaya menenangkan diri dan kami decide untuk berurut..back, shoulder and head massage for two please...sangat memuaskan hati..hanya rm30 untuk setengah jam..ini bukan urutan ala spa..tukang urut memang orang thai..dan telah menyenaraikan aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan kami..InsyaAllah..
berhadapan massage centre(will check the exact name later)..terdapat Leesa butik yang patung di depannya anggun memperagakan kaftan dan dress..lalu terbang lagi kepingan $$..sebagai peringatan untuk diri sendiri..size saya ialah 38...
Di Home's Harmony..sempat membeli 2 biji bantal jean perry untuk diletakkan di bench kami..ianya penjimatan sebanyak 20% :)
Jam 6pm..wajah anak-anak memenuhi ruang mata..
Terima kasih yang tak terhingga...
Kata Jari : Syukur di atas peluang dan ruang yang dianugerahkan...
No comments:
Post a Comment