Saya jarang berbicara soal kerja di blog ini..bukan tiada cerita..bukan tidak suka akan kerja saya..cuma mungkin soal keluarga lebih menjadi keutamaan saya..dipendekkan cerita, saya lebih suka berbicara tentang kenakalan Armand berbanding soal karektor bos-bos mahupun staff saya..hari ini special sedikit..kerana saya mahu menulis tentang kerja saya..mungkin sebab dari pagi jam 8.00..saya belum sempat membaca blog-blog kegemaran..ehem..facebook sememangnya tidak boleh di access kecuali lunch hour..saya rasa semangat bekerja makin bertambah..motivasi untuk menyiapkan kerja dengan lebih berkualiti juga telah meningkat..bukan macam setahun yang lepas..hanya sekadar menyiapkan draft dan dengan tidak sabar-sabar terus menekan button send. sebabnya dalam mindset saya "argh..send sahaja..confirm bos akan tukar 90% daripada content yang saya draft" maklumla..kuli cabuk..kata orang...


kini..bos tetap edit draft saya..tapi perasaan tak kisah itu wujud bila saya lebih teliti..lebih fokus menyiapkan sesuatu tugasan sebelum dihantar..mungkin saya lebih matang kini..mungkin..

setiap hari saya bangun jam 6.00 pagi..kalau telajak sedikit pun mungkin jam 6.15 sudah melompat ke bilik air..jarak rumah baru ke ofis hanyalah lebih kurang 6km..cuma waktu balik..akan berganda sebab akan ke precint 17 dulu untuk menjemput putera-puteri tercinta..


Kesimpulannya..saya suka akan kerja saya walaupun upahnya tidak sehebat mana..namun ianya merupakan kerjaya impian ibunda saya..yer..kerjaya impian dia..dan saya gembira dapat merealisasikannya...
Kata Jari : Hanya mengharapkan keberkatan dari-Nya dan harap-harap ada bonus :P
No comments:
Post a Comment