My Heart & Soul

My Heart & Soul

Thursday, September 30, 2010

Detik.Itu

Mengimbau kembali akan detik itu membuatkan urat saraf menegang..tiada terucap dengan kata-kata..2 bulan, 2 minggu dan 2 hari yang lalu merupakan detik penuh emosi dalam hidup aku..

10 Julai 2010 ~ temujanji biasa bersama Doc. pilihan hati seawal kandungan 8 minggu..hari ini..merupakan temujanji terakhir sebelum tarikh jangkaan pada 21 Julai 2010..melangkah masuk ke bilik rawatan dengan senyuman manis dan hela nafas lega setelah penat menunggu giliran tiba..beberapa minit kemudian segalanya bertukar..Doc. menjalankan imbasan dan mendapati kedudukan baby beralih letak duduk..dia melintang..dan serviks masih tiada bukaan.Ayah mula resah setelah mendengar penjelasan Doc. aku pula berlagak biasa seolah tiada apa yang tak kena..Cesarian pun ok juga!dan mungkin baby akan berpusing walaupun keberangkaliannya rendah..segalanya mungkin.

11 Julai 2010 ~ berbaring selesa di bilik Lily 7 menunggu dan terus menunggu..mujur ada emak yang setia menemani..kurang sedikit keresahan di hati..dan Armand yang riang seolah-olah menginap di hotel laksana menikmati percutian keluarga..bezanya tiada pasir dan air laut.. kecanggihan teknologi juga membantu mengalihkan sedikit tumpuan..facebook ade sedikit kebaikan..terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melayan, tidak lupa mendoakan yang terbaik..Doc. menjadualkan akan melakukan pembedahan pada 13 Julai 2010, bersamaan 1 Syaaban 1431H jam 9 pagi sekiranya kedudukan baby masih sama dan tiada tanda-tanda untuk melahirkan lagi..

13 Julai 2010 ~ Selepas azan subuh berkumandang dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kedengaran dari corong pembesar suara Hospital yang mengamalkan konsek Islamik..aku bersiap sedia untuk ke Operation Theater .. namun pada pukul 1.40 petang, baru aku disorongkan ke OT..Kita hanya mampu merancang..dan aku masih lagi mampu tersenyum bergambar kenangan bersama..


hati menangis tiada siapa yang tahu..

Sebaik sahaja berbaring dalam OT, perasaanku mula bertukar takut...ngeri..walaupun melaui pembacaan tiada apa yang hendak dirisaukan..tetapi masih jua...


Doc."kite scan lagi sekali yer puan..manetau miracle happen"

and "YESS! it happened..kepala baby kat bawah..nurse, bg saya Pitocin..kite induce..alhamdulillah"

Doc. lantas melakukan apa yang patut..bukaan baru 2cm..dan aku meraung kesakitan..aduh!lebih ketara sakitnya dari sakit contraction 2 tahun yang lepas..betul!

Di bilik, semua orang menyambutku dengan senyuman..macam sudah bersalin sahaja..Alhamdulillah..sekali lagi Dia membuktikan kekuasaan-Nya..dan sebagai Hamba,mohonlah apa jua kepada-Nya.."Kun Fa Kun"

Aku dijangka bersalin hari itu juga..namun contraction masih belum terasa..aku mula merasakan yang masanya belum tiba dan mahu pulang ke rumah dan akan datang semula sekiranya ada tanda-tanda..namun tidak dibenarkan oleh Doc.

14 Julai 2010 ~ 2.00 pagi tepat..aku terjaga dari tido..bahagian abdomen mula mengeras..dan rase sakit menjengah dengan kerap.."finally"..aku tahu..masanya telah tiba..bangun terus ke tandas dan bersiap sedia untuk proses kelahiran normal..aku kejutkan suami dan emak pada jam 4 pagi setelah rasa sakit yang tidak tertahan..loceng ditekan, bidan bertugas menjalankan prosedur biasa dan mengingatkan aku sekiranya mahu mengambil epidural atau tidak..kami sepakat untuk bertahan dahulu dan tibanya di labor room sakitnya tidak tergambar lagi..lalu prosedur epidural dijalankan 1 jam kemudian..masa berlalu dengan pantas..CTG machine menunjukkan masa untuk push telah tiba..Doc. bersiap sedia dan dengan 2 kali long push..alhamdulillah..segalanya dipermudahkan..

semoga menjadi puteri yang solehah ~ bisik Ayah



Kata Jari : Tidak layak rasanya dikurniakan Rahmat sebegitu besar oleh-Nya..ampunkan dosa hamba-Mu ini Ya Tuhan...

Dia.Demam

Kesian si kecil itu..sudah 5 hari diuji daya tahannya..demam..batuk..selsema..pakej lengkap yang hanya kedengaran biasa bagi dewasa..namun bila gadis sekecil dia yang mengalaminya..rasa syahdu mata memandang..bangkitlah puteriku..kembalilah tersenyum..simpan air matamu untuk sesuatu yang lebih bererti...


Dia telah dibawa ke klinik dan juga hospital..semoga dia cepat sembuh..

Dan jangan lupa pesan mama..sila buang air besar walaupun mama tahu tiada sesuatu yang tidak diingini berlaku..sekadar risau dan rindu untuk bau itu..

Petikan SMS daripada seorang kawan yang kini Doc di Selatan tanah air..dan dia memang layak untuk jawatan itu memandangkan telah menunjukkan ciri-ciri cemerlang ketika di MRSM berbanding aku yang lebih cenderung berada dalam bulatan D, di padang sekolah berbanding di kerusi plastik dalam kelas dan semestinya kami tidak sekelas :)

"even ank ko x berak 4 hari, tp if die still aktif,mnum susu mcm biasa,x muntah,xpe..sebabnya susu ibu sgtlah senang dihadam.jgn bg plain water.continue je bfeed.tp if die jd x aktif,muntah2,mnum pun xnk,yg tu kna bwk gi emergency"

Thanks Dr.Goku!

Alhamdulillah..Adra hanya minum susu ibu sehingga ke hari ini..dan semoga mencapai sasaran peribadi..


Untuk permata hati yang satu masa dulu menguasai tanah jajahan hati mama dan ayah..kamu tetap istimewa sampai ke hujung usia..


Selamat kembali ke sekolah sayang..

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita didunia...

Kata Jari : Sesekali Diuji..

Dunia Baru.Jiwa Baru

Aku kembali lagi..dengan wajah baru yang pastinya akan menzahirkan seribu definisi mengikut persepsi diri..usah ditanya mengapa, takut kecewa pula kerana sememangnya tiada jawapan..


Aku di sini..masih lagi bernyawa meneruskan perjuangan sama hanya berbeda pada bilangan ahli jemaah yang bertambah..syukur pada-Mu..Ahli baru telah menghirup udara yang kesegarannya biasa-biasa sahaja sehingga hari ini selama 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari..cantik angkanya bukan..selamat datang puteriku..

Kata Jari : Teringin Untuk Namakan Dia "Puteri", Tetapi...